Fungsi Isyarat Tangan Untuk Melangkau Video Pada Aplikasi Android Youtube Sedang Diuji

Youtube kini dikatakan sedang menguji fungsi baru bagi aplikasi Android mereka. Fungsi tersebut akan membenarkan pengguna untuk melangkau video hanya dengan menggunakan isyarat tangan sahaja.

Perkara itu telah ditemui oleh salah seorang pengguna mereka, Joe Kelly yang membuat kiriman pada laman Google+ miliknya pada 1 Ogos. Beliau telah mengirimkan satu video rakaman skrin yang menunjukkan beliau sedang melangkau video di aplikasi Youtube menggunakan isyarat tangan.

https://youtu.be/ogD1UbYF7G4

Sumber : 9to5goolgl@Youtube


Tatalan dari sisi kiri atau kanan skrin akan memainkan video yang berada di senarai seterusnya atau 'Up Next'. Sekiranya fungsi ini digunakan kelak, ia akan menggantikan butang next yang digunapakai sebelum ini.

Bagaimanapun, mungkin fungsi ini hanya menemui beberapa pengguna bertuah untuk percubaan sahaja. Kami di pihak Wiser telah mencuba fungsi ini, namun gagal menggunakannya.

Sumber