Fungsi Baharu Google Play Store Bolehkan Pengguna Semak Ruangan Kosong Pada Simpanan Dalaman Peranti

Reading Time: 1 minute

Gedung aplikasi atas talian, Google Play Store sering menjadi pilihan pengguna Android untuk memuat-turun aplikasi secara lebih selamat.

Akan tetapi, sebahagian daripada kita mungkin terlalu seronok memuat-turun pelbagai aplikasi hingga terlupa untuk menyemak samada ruangan simpanan dalaman peranti masih cukup ataupun tidak.

Jangan risau, Google telah pun membantu anda dalam menyemak status storan anda dengan lebih mudah dan cepat, terus melalui gedung Play Store.

Melalui fungsi terbaru ini, pengguna boleh melakukannya dengan pergi ke klik pada ikon tiga garis bertindih di bucu atas sebelah kiri, pilih “My apps & games”, dan seterusnya “Installed”.

Pada halaman itu, ruang simpanan dalaman akan dipaparkan pada bahagian atas. Ruang kosong tidak mencukupi?

Klik sahaja pada status storan tersebut dan anda akan dibawa ke halaman “Free up space”. Melaluinya, pengguna boleh memadam mana-mana aplikasi yang dirasakan tidak perlu bagi membolehkan aplikasi baru dimuat-turun.

Fungsi baharu ini nampak simple, tetapi ianya berguna terutamanya bagi mereka yang gemar memuat-turun aplikasi seperti permainan video, contohnya.

 

Sumber: Google Play Store

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *