Fungsi "Back Tap" Bakal Hadir Pada MIUI 12

Dalam pembangunan kod beta MIUI 12, Xiaomi dilapor akan menyokong fungsi "back tap" yang pertama kali diumumkan pada iOS 14 akan datang. Selain Apple, Google turut membangunkan fungsi yang sama.



Buat masa, ia masih belum tersedia kepada umum dan sehingga kini, ia menawarkan 5 pilihan daripada fungsi double tap atau triple tap. Antaranya adalah:

  • Tangkap layar

  • Mengaktifkan lampu suluh

  • Control center

  • Notification shade

  • Lancarkan kamera


Apabila ia mula tersedia kepada pengguna kelak, kemungkinan Xiaomi akan menambah lebih banyak fungsi seperti memanggil Google Assistant.

Dalam pada itu, Xiaomi juga sedang membangunkan beberapa fungsi bagi kulit Android MIUI 12 termasuk mod satu tangan dengan isyarat skrin penuh, Shutter AI dan sebagainya.

Sumber: GizmoChina