Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fujifilm Lancar Kamera Instax Gaya Vintaj

Fujifilm Lancar Kamera Instax Gaya Vintaj

Diterbitkan April 12, 2021 oleh Wiser MY

Syarikat kamera Jepun Fujifilm, yang terkenal sejak tahun 1998 dengan barisan kamera “Instax” perkenal kamera baharu “instax mini 40” semalam.

Selain itu, mereka juga perkenal filem mini terbaru bernama “CONTACT SHEET” dengan tulisan oren dan bahagian tepi filem berwarna hitam sebagai sentuhan klasik. Ia juga boleh digunakan dengan semua kamera Instax yang menyokong format filem mini.

Fujifilm Lancar Kamera Instax Gaya Vintaj

Kamera ini mempunyai reka bentuk klasik moden yang kena dengan pelbagai gaya masa kini. Pilihan warna hitam sebagai warna asas badan kamera beserta kerangka bewarna perak menonjolkan lagi gaya vintajnya.

Ciri pencahayaan auto juga antara ciri popular yang berbaloi untuk ada didalam sebuah kamera filem segera. Ini memudahkan pengguna untuk mengambil gambar dalam pelbagai cahaya sama ada didalam atau diluar bangunan.

Fujifilm Lancar Kamera Instax Gaya Vintaj

Mod selfi juga memudahkan tangkapan gambar jarak dekat dengan cara tarik sahaja bahagian depan lensa kamera selepas kamera dihidupkan.

Tarikh pelancaran bagi kamera Instax Mini 40 dan filem mini Contact Sheet adalah pada 21 April 2021. Namun, harga bagi kedua-dua ini masih belum diberitahu.

Untuk maklumat lanjut, layari Fujifilm

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY