Fujiaire Lancar Pendingin Hawa Yang Didayakan Dengan WiFi Untuk Pasaran Tempatan

Fujiaire Sales & Services Sdn Bhd telah melancarkan pendingin hawa yang didayakan dengan WiFi untuk pasaran Malaysia dan ia ditawarkan pada laman beli belah dalam talian, 11Street.

Merupakan pendingin hawa pertama syarikat itu yang boleh dikawal menerusi sambungan WiFi, Fujiaire Shibui Skin Series hadir dengan 6 jenis pelekat dan menjadikan ia lebih menarik berbanding pendingin hawa dari jenama yang lain.

Menggunakan aplikasi AC Freedom, pengguna boleh mengakses pendingin hawa tersebut hanya dengan telefon pintar sahaja dan berupaya memantau dan mengawal suhu dengan beberapa sentuhan di telefon pintar.



Terdapat dua versi; Fujiaire Skin Series yang dijual pada harga antara RM1170 sehingga RM2574 manakal Fujiaire Shibui Diamond dijual pada harga RM1350 sehingga RM2925. Pembelian menerusi 11Street akan disertakan sekali dengan waranti selama 3 tahun.

Sumber: 11Street via Malaysia Wireless