Foxconn Mengesahkan Insiden Kematian Di 'Bandar iPhone'

Polis masih menyiasat kes tersebut.


Pihak Foxconn dilaporkan sedang membantu pihak polis bagi menyiasat satu kes kematian yang berlaku pada hari Isnin dalam minggu ini di pusat pengeluaran telefon pintar iPhone.

Mayat pekerja lelaki yang mati itu dijumpai berhampiran dengan bangunan yang terletak di dalam kawasan yang lebih dikenali dikalangan pekerja di situ sebagai 'Bandar iPhone'.

Bangunan yang terletak di dalam daerah Zhengzhou, China itu merupakan salah satu hub penting bagi produksi pengeluaran telefon pintar Apple.

Namun begitu sehingga kini, penyiasat masih belum dapat memastikan sama ada kematian pekerja itu disebabkan oleh wabak Covid-19 ataupun bukan.

Pekerja itu pula dipercayai mula bekerja di situ sejak bulan Disember 2019 lalu.

We are deeply saddened by this loss and have extended our condolences to the family of the employee. We are working with the Foxconn Labor Union and others to provide the family with the support they need at this very difficult time,” Foxconn Technology Group dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Walaubagaimanapun, kenyataan itu hanya dikeluarkan oleh Foxconn selepas Pertubuhan Pemerhati Pekerja China mendedahkan tentang insiden kematian tersebut kepada umum.

Ketika ini, produksi pengilangan iPhone di situ hanya beroperasi separuh dari kapasitinya berikutan penularan wabak Covid-19 di China. Operasi sepenuhnya dijangka hanya akan bermula pada penghujung bulan Mac ini.

Sumber: Bloomberg