Foto Yang Didakwa Ditangkap Menggunakan Nokia 9 PureView Dipertontonkan Kali Pertama

Nokia 9 PureView berkemungkinan besar akan menjadi peranti pertama yang diperkenalkan dengan tetapan penta-kamera dalam masa beberapa hari sahaja lagi.

Dengan tetapan sedemikian, pasti ramai yang menjangkakan kualiti terbaik pada setiap foto yang diambil.

Bercakap mengenainya, seorang jurufoto Konsta Punkka, telah memuatnaik satu foto yang ditangkap menggunakan sebuah peranti Nokia yang tidak dinyatakan di akaun Instagram milik beliau.




Namun, melihat kepada kapsyen di kiriman berkenaan, ramai yang beranggapan peranti yang dimaksudkan ialah Nokia 9 PureView.

Tidak lama selepas itu, Ketua Pegawai Produk HMD Global, Juho Sarvikas pula telah berkongsikan foto sama dengan kualiti resolusi penuh di Twitter-nya.



Spesifikasi bagi tetapan lima kamera utama pada Nokia 9 PureView ini masih belum diketahui, namun melihat kepada kualiti yang ada pada gambar di atas, kita boleh jangkakan ia bakal dilengkapi oleh lensa-lensa berkualiti tinggi.

Nokia sebelum ini mengesahkan tarikh persidangan mereka di acara MWC 2019, iaitu pada 24 Februari.

Maka, segala persoalan mengenai Nokia 9 PureView ini pasti akan terjawab pada acara itu nanti. Sama-sama kita nantikan.

 

Sumber: Android Police   kpunkka   @sarvikas