Foto Xiaomi MI Note 2 Tertiris







Khabar angin mengenai
telefon pintar paparan melengkung pertama dari Xiaomi  sebelum ini akhirnya terjawab dengan
tersebarnya foto Xiaomi Mi Note 2 di internet. Kelmarin, beberapa keping foto
telah dimuat naik oleh media asing menguatkan lagi berita tentang model
keluaran China itu.





Menurut satu
sumber, Mi Note 2 bakal tampil dengan skrin 5.5 inci OLED dwi sisi melengkung,
dikuasakan dengan pemproses Snapdragon 821 serta dilengkapi dengan RAM 6GB dan
storan 128GB. Model ini juga mempunyai dwi kamera pada bahagian belakang serta
pengimbas cap jari. Difahamkan, Xiaomi akan mengeluarkan dua variasi storan:
64GB dan 128GB. Dijangkakan harga bagi storan 64GB ialah RM1514 manakala bagi
versi 128GB RM1696.

















Sumber: MDroid

Berkaitan