Foto Nokia D1C Android Tertiris

Memetik sumber dari laman Rayarena beberapa hari lepas, Nokia dijangka bakal mengeluarkan telefon pintar Android  dikenali sebagai D1C. Sebelum ini ia dikesan tersenarai pada penanda aras Geekbench dan AnTuTu. Terkini, beberapa foto telefon pintar tersebut telah tersebar di ruangan Weibo. Menurut sumber, peranti tersebut mungkin hadir dengan tiga variasi, hitam, putih dan emas.

nokia-d1c-in-gold-with-a-fingerprint-scanner-on-the-back

 

nokia-d1c-in-white

nokia-d1c-in-black

Nokia D1C ini bakal tampil dengan skrin paparan HD Penuh  1080p. Diperkasakan dengan cip pemproses 8-teras Snapdragon 430 1.4GHz serta RAM 3GB dan  grafik Adreno 505. Model ini turut dilengkapi dengan kamera bahagian belakang 13MP dan kamera hadapan 5 MP. D1C akan beroperasi menggunakan Android terbaru, Nougat 7.0. Berdasarkan foto yang tersebar, Nokia D1C mempunyai sensor pengimbas cap jari di bahagian belakang. Walaupunbegitu, spesifikasi telefon ini masih belum disahkan secara rasmi. Nokia D1C dikhabarkan berada dipasaran pada penghujung tahun ini atau awal tahun hadapan.

Spesifikasi Nokia D1C Android

  • Paparan 5.5 inci IPS HD Penuh

  • Android Nougat 7.0 dengan pelancar Nokia Z

  • Pemproses Qualcomm Snapdragon 430 8-Teras

  • Kamera Belakang 16MP

  • Kamera hadapan 5MP

  • RAM 5GB

  • Storan dalaman 32GB dan boleh mencapai 128GB

  • Bateri 3,500 mAh

  • 3 variasi warna: Hitam, Putih dan Emas


Mampukah Nokia yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai syarikat gergasi pengeluar telefon dalam menyaingi syarikat-syarikat terkemuka yang lain. Mari sama-sama kita nantikan.