Foto Menara Berkembar Petronas Ini Salah Satu Pemenang Drone Photo Awards 2020

Drone Awards adalah pertandingan antarabangsa dan merupakan projek rakaman fotografi serta video dari udara bagi Siena Awards. Sebagai salah satu cabang dalam genre rakaman, ratusan rakaman foto dan video dari serata dunia telah dihantar yang menampilkan pelbagai latar belakang.

Ia dibahagikan kepada 9 kategori iaitu Urban, Wildlife, Sport, People, Nature, Abstract, Life Under Covid-19, Wedding, dan Series. Bagi edisi tahun ini, rakaman dari udara Menara Berkembar Petronas telah dinobatkan sebagai foto terbaik bagi kategori Urban.

Kapsyen: Kredit Drone Photo Awards 2020


"Alien Structure on Earth" merupakan hasil rakaman daripada Tomas Kowalski, jurugambar bebas kelahiran Poland. Beliau kini menetap di London sejak 2003 dan menceburi rakaman menggunakan dron setahun setengah yang lalu.

Kapsyen: Tomas Kowalski


Namun begitu, bagi anugerah foto dron terbaik 2020 secara keseluruhan pula dirangkul oleh Jim Picôt melalui foto “Love Heart of Nature”.

Kapsyen: Kredit Drone Photo Awards 2020


Foto rakaman jurugambar Australia itu memaparkan seekor jerung berada di dalam sekumpulan ikan Salmon yang berbentuk hati.

Kapsyen: Jim Picôt


Bagi pemenang foto-foto untuk kategori yang lain, anda boleh lawati Drone Photo Awards 2020.