Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Foto Menara Berkembar Petronas Ini Salah Satu Pemenang Drone Photo Awards 2020

Foto Menara Berkembar Petronas Ini Salah Satu Pemenang Drone Photo Awards 2020

Diterbitkan September 24, 2020 · Dikemas kini September 24, 2020 oleh Helmi Samsuri

Drone Awards adalah pertandingan antarabangsa dan merupakan projek rakaman fotografi serta video dari udara bagi Siena Awards. Sebagai salah satu cabang dalam genre rakaman, ratusan rakaman foto dan video dari serata dunia telah dihantar yang menampilkan pelbagai latar belakang.

Ia dibahagikan kepada 9 kategori iaitu Urban, Wildlife, Sport, People, Nature, Abstract, Life Under Covid-19, Wedding, dan Series. Bagi edisi tahun ini, rakaman dari udara Menara Berkembar Petronas telah dinobatkan sebagai foto terbaik bagi kategori Urban.

Foto Menara Berkembar Petronas Ini Salah Satu Pemenang Drone Photo Awards 2020
Kredit Drone Photo Awards 2020

“Alien Structure on Earth” merupakan hasil rakaman daripada Tomas Kowalski, jurugambar bebas kelahiran Poland. Beliau kini menetap di London sejak 2003 dan menceburi rakaman menggunakan dron setahun setengah yang lalu.

Foto Menara Berkembar Petronas Ini Salah Satu Pemenang Drone Photo Awards 2020
Tomas Kowalski

Namun begitu, bagi anugerah foto dron terbaik 2020 secara keseluruhan pula dirangkul oleh Jim Picôt melalui foto “Love Heart of Nature”.

Foto Menara Berkembar Petronas Ini Salah Satu Pemenang Drone Photo Awards 2020
Kredit Drone Photo Awards 2020

Foto rakaman jurugambar Australia itu memaparkan seekor jerung berada di dalam sekumpulan ikan Salmon yang berbentuk hati.

Foto Menara Berkembar Petronas Ini Salah Satu Pemenang Drone Photo Awards 2020
Jim Picôt

Bagi pemenang foto-foto untuk kategori yang lain, anda boleh lawati Drone Photo Awards 2020.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY