Foto Honor 6X Tersebar Di Internet







Huawei nampaknya mahu meneruskan legasi Honor 5X dengan mengeluarkan model baru, Honor 6X selepas foto model berkenaan di muat naik pada laman web  TENNA.





Model yang dikira sebagai naik taraf kepada Honor 5X itu di fahamkan akan dilengkapi dengan fungsi dwi kamera. Jika dipandang sekali imbas, model ini tidak kelihatan kilat dan licin seperti Honor 8 tetapi daya penarik utama adalah fungsi dwi kamera yang didatang pada harga bajet. Untuk pengetahuan semua, siri Honor X adalah model yang dijual pada harga yang berpatutan disamping menawarkan telefon pintar yang berspesifikasi mid-range.












Dilihat dari foto yang tersebar itu, model ini mengikut tren telefon masa kini dengan menampilkan dwi kamera serta fungsi pengesan cap jari di bahagian bawah lensa kamera. Reka bentuk model ini juga dipercayai diperbuat daripada gabungan plastik dan besi untuk mengurangkan kos pengeluaran.





Dijangkakan Honor 6X ini akan hadir dengan skrin paparan 5.5 inci dan dikuasakan dengan pemproses Kirin 650 dengan 3 GB RAM. Storan dalaman sekitar 32GB. Dengan kuasa bateri sebanyak 3340 mAh ia di harapkan dapat memanjangkan jangka hayat penggunaan dalam sehari. Bahagian belakang akan dilengkapi dengan kamera 12MP untuk kamera utama manakala kamera nombor dua hanya 2MP. Pada bahagian hadapan, pengguna boleh menangkap gambar selfie dengan kamera 8MP.





Ura-ura mengatakan Honor 6X akan menemui pembeli pada pertengahan bulan Oktober ini. Harga jualan belum dapat dipastikan lagi tetapi diyakini tidak jauh beza dengan harga pasaran Honor 5X.



Sumber: Stuff Malaysia

Berkaitan