Fossil Reka Jam Tangan Pintar Jenama BMW, Mula Dijual Tahun Hadapan

Fossil dan BMW telah bersetuju menjalin kerjasama dalam menghasilkan jam tangan pintar.

Mempunyai kepakaran dalam bidang pembuatan jam tangan pintar, Fossil dilapor akan mula menjual peranti berjenama BMW itu pada tahun hadapan.

Rekaan serta tarikh sebenar penawaran masih belum dikongsikan oleh kedua-dua syarikat terbabit, tetapi kerjasama itu akan berlangsung sehingga 2023 kelak.

BMW bukanlah pembuat kereta pertama yang memasuki pasaran jam tangan pintar, dimana Ferrari, Aston Martin dan Audi sudahpun menghasilkannya.

Dipihak Fossil pula, BMW merupakan ahli baru dalam "keluarga" mereka selepas mengumumkan akan menghasilkan jam tangan pintar jenama Puma yang dijangka memasuki pasaran pada tahun depan.

Antara nama-nama lain yang pernah bekerjasama dengan Fossil dalam membangunkan jam tangan pintar adalah Diesel, Emporio Armani, Kate Spade dan lain-lain.

Sumber: Tech Radar