Walaupunbegitu, teknologi itu hanya terhad digunakan pada telefon pintar dilengkapi skrin paparan OLED sahaja dan tidak pada skrin LCD. Ini berikutan ketidakbolehan sensor pengimbas mengesan cahaya melalui skrin LCD.
Kekurangan itu nampaknya kini sudah dapat diatasi oleh sebuah syarikat dari China, Fortsense. Untuk membolehkan skrin LCD disertakan dengan ciri pengesahan biometrik ini, syarikat itu mengubah panel LCD yang akan membenarkan cahaya melepasi laluan tertentu kearah sensor kamera dibawah paparan.
Selain modifikasi pada skrin LCD, syarikati itu juga dilapor menggunakan algoritma yang dioptimumkan untuk mengesan cap jari tetapi tidak didedahkan secara terperinci mengenainya.
Selain menyelesaikan masalah penggunaan ciri imbasan terbina pada paparan, teknologi ini dilihat mampu memberi ruang kepada pengeluar menyediakannya pada peranti yang lebih murah.
Salah satu pengeluar yang dikatakan akan menggunakan teknologi ini adalah Xiaomi, dimana harga peranti yang diramalkan adalah dibawah 2000 yuan (~RM 1228) menurut Pengarah Produk Xiaomi, Wang Teng. Telefon pintar dilengkapi skrin LCD yang mengadaptasi imbasan cap jari terbina pada paparan dijangka hadir seawal penghujung tahun ini.
Sumber: GSMArena dan GizChina
Berkaitan
- Xiaomi Mi Mix 2S Akan Diturunkan Harga Jualannya Kepada RM1799
- Xiaomi Memberi Bayangan Tentang Power Bank Beserta Port USB Type-C
- Xiaomi Sudah Jual 110 Juta Unit Redmi Di Seluruh Dunia
- OPPO, Xiaomi Dan Vivo Dilapor Sudah Uji Hong Meng OS, Dikatakan 60% Lebih Laju Berbanding Android
- Xiaomi Beri Saingan Hebat Kepada Apple Dengan Model Premium Yang Terbaru
- Xiaomi Bakal Umum Pengecasan Super Charge Turbo 100W
- Xiaomi Patenkan Teknologi Pengecasan Dihasilkan Dari Bunyi Sekeliling
- Xiaomi Beri Idea Apa Yang Boleh Dilakukan Pada iPhone Lama Anda
- Imej Xiaomi Mi A2 Mula Timbul
- Xiaomi Umum Bangunkan Permainan Mudah Alih Mirip Fortnite Dan PUBG