Fortnite, Samsung Galaxy Watch Dan Google Night Sight Antara Pemenang GLOMO Awards Di Acara MWC 2019

Seperti tahun-tahun yang sudah, penganjur acara MWC 2019, GSMA, akan mengumumkan pemenang bagi setiap kategori teknologi dan inovasi menerusi Glomo Awards.

Huawei sebelum ini telah diberitakan merangkul gelaran Telefon Terbaik (pilihan juri) melalui model Huawei Mate 20 Pro.

Bukan itu sahaja, syarikat ini juga telah diumumkan sebagai pemenang Inovasi Mudah Alih Terbaik untuk Otomotif menerusi penyelesaian C-V2X, Penembusan Teknologi Mudah Alih Terbaik ( Syarikat dengan hasil tahunan lebih $10 juta) bagi inovasi Huawei 5G RAN.

Selain itu, permainan bergenre battle royal, Fortnite pula dianugerahkan sebagai Inovasi Mudah Alih Pengguna Terbaik Keseluruhan dan juga Inovasi Kandungan dan Media Terbaik.

Bagi gelaran Teknologi Peranti Boleh Pakai Terbaik (Wearable), juri menganugerahkannya kepada kepada Samsung Galaxy Watch. Ciri Google Night Sight pada barisan Pixel 3 pula dinamakan sebagai Disruptive Device Innovation yang mana pada tahun lalu diberikan kepada ciri TrueDepth kepunyaan Apple.

Pemenang kategori lain boleh dilihat disini Pemenang Glomo Awards.