Mengikut laporan SuperData, populariti permainan tersebut berjaya membuatkan Fornite meraih gelaran sebagai permainan dengan pendapatan tertinggi pada tahun 2019. Dikatakan pendapatannya adalah 1.8 billion USD (~RM7.3 billion) untuk tahun itu.
Namun, ini bukanlah rekod tertinggi kerana pada tahun 2018 Fortnite berjaya meraih sehingga 2.4 billion USD (RM9.9 billion) banyaknya. Walaupun hasil pendapatan Fornite berkurang sebanyak 25% untuk tahun 2019, jumlah itu masih lagi mengalahkan permainan pesaing yang lain.
Selain Fortnite, permainan Dungeon Fighter Online, Honour of Kings, Arena of Valor, League of Legends, Candy Crush Sagadan Pokemon Go juga turut tersenarai.
Antara yang menarik mengenai analisis dan statistik yang diperoleh oleh SuperData untuk tahun 2019:
- 4/5 daripada jumlah duit yang dikeluarkan datangnya dari permainan genre free-to-play.
- Fortnite untuk dua tahun berturut-turut memegang gelaran permainan dengan pendapatan tinggi. Faktor promosi dengan nama besar seperti Avengers, Stranger Things, dan juga Star Wars.
- 6/10 dari permainan genre free-to-play datangya dari platform mudah-alih.
- Kemasukan permainan AAA kepada platform mudah alih menjadikannya satu strategi yang sangat berkesan. Seperti contoh permainan Cod Mobile dan Mario Kart: World Tour.
- Walaupun League of Legends mempunyai pemain yang lebih banyak berbanding Fortnite, pemain Fortnite 2 kali ganda lebih berminat untuk berbelanja berbanding League of Legends.
Secara keseluruhannya, berdasarkan statistik, kita boleh mengagak dan meneka hala tuju permainan-permainan yang bakal dilancarkan pada masa-masa akan mendatang.
Bagi anda sendiri, pernahkah anda berbelanja dalam mana-mana permainan digital?
Sumber: Superdata
Berkaitan
- Jualan Steam Autumn Sale 2020 Kini Bermula - Potongan Harga Permainan Sehingga 88%
- Tebus 3 Permainan PC Percuma Ini Di Epic Games Store
- Permainan Seram Five Nights at Freddy's AR: Special Delivery Tiba Untuk Android Dan iOS
- Permainan Angry Birds: Isle of Pigs Kini Tiba Di Android
- Covid-19: Pelajar Di Jepun Raikan Majlis Graduasi Dalam Permainan Minecraft
- Permainan The Witcher 3 Di Steam Lebih Popular Dimainkan Berbanding Ketika Mula-Mula Dilancarkan
- Pelancaran Permainan Cyberpunk 2077 Punca Steam Bermasalah Buat Sementara Waktu
- Google Stadia Hanya Akan Mempunyai 12 Permainan Sahaja Ketika Pelancaran
- The Game Awards 2020: Among Us Permainan Mudah Alih Terbaik Tahun Ini
- Aplikasi Dan Permainan Terbaik Apple Untuk Tahun 2019