Fortnite Kini Menyokong Fungsi Alat Kawalan Bluetooth Bagi Android dan iPhone

Permainan battle royale terkenal, Fortnite akhirnya menyokong penggunaan alat kawalan pada peranti yang memainkannya.

Sokongan itu telah hadir pada peranti Android dan iOS melalui kemaskini terbaru mereka. Menurut Epic Games, semua alat kawalan MFi(Made For iPhone) boleh digunakan samasa bermain Fortnite pada peranti iPhone.

Kapsyen: Fortnite


Bagi Android pula, boleh dikatakan hampir kesemua alat kawalan yang menyokong sistem tersebut boleh digunapakai.

Selain itu, Fortnite juga telah menambah sokongan 60Hz pada tiga peranti baharu iaitu Samsung Galaxy Note 9(variasi US), Honor View 20 dan Huawei Mate 20 X.

Untuk menggunakan fungsi dan sokongan baru bagi permainan Fortnite ini, pengguna perlu memuat turun kemaskini terbaru FortniteĀ v7.30.

 

Sumber: MacRumors