Platform penghantaran makanan dalam talian, foodpanda telah bekerjasama dengan Rangkaian Televisyen Media Prima dan beberapa kerajaan tempatan termasuk Penang Halal International, Kerajaan Negeri Perak, Kerajaan Negeri Kedah, Majlis Perbandaran Hang Tuah dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah untuk melancarkan E-ftar.

IKLAN

foodpanda

Pengarah Urusan foodpanda, Sayantan Das berkata, inisiatif ini bukan sahaja menyokong peniaga-peniaga tempatan, malah dapat membantu para penghantar makanan foodpanda untuk terus memperoleh pendapatan tetap.

Melalui bazaar E-ftar, ia menyajikan pelbagai juadah yang hanya boleh didapati ketika bulan puasa. Antaranya termasuk murtabak, Roti John, ayam percik dan sebagainya.

IKLAN

Untuk memesan daripada vendor yang berdekatan dengan lokasi anda, carian boleh dilakukan melalui swimlane E-ftar. Terdapat lebih daripada 200 peniaga yang boleh didapati di E-ftar foodpanda.

Bagi anda yang berada di sekitar Lembah Klang, foodpanda menawarkan penghantaran percuma untuk semua pesanan sehingga 30 April 2020.

IKLAN