Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
screen shot 2016-09-07 at 2.34.11 pm

Fon Telinga Tanpa Wayar BeatsX Mula Dijual Di Pasaran US Esok

Diterbitkan Februari 10, 2017 oleh Haikel Areff

Apple telah mengesahkan fon telinga tanpa wayar yang digelar BeatsX akan mula dijual esok di pasaran US dan secara global pada minggu yang mendatang. BeatsX sebenarnya sudah dipamerkan bersama Apple Airpods pada pelancaran flagship iPhone 7 September lepas.

BeatsX dibina dengan cip W1 yang sama dengan Airpods. Ini dapat memudahkan penyambungan yang pantas dan mudah bersama iPhone. Ianya akan hadir dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih. BeatsX menawarkan sehingga 8 jam kapasiti bateri bersama sokongan ‘Fast Fuel’. ‘Fast Fue;’ merupakan sokongan cas pantas yang mengambil masa hanya 5 minit untuk keupayaan bateri selama 2 jam. Ianya menggunakan kabel Lightning ke USB Type-A untuk pengecasan.

BeatsX juga akan mengetengahkan pilihan rekaan eartips yang berbeza yang menawarkan keselesaan untuk pendengar dan kestabilan kedudukan di telinga pendengar walaupun melakukan aktiviti lasak. Ianya mempunyai rekaan fleksibel dan mudah dibawa kemana-mana,

applebeatswirelessx_big_1

 

Fon telinga ini juga memiliki ciri noise isolation yang dioptimumkan dan fungi RemoteTalk yang membolehkan pendengar mengawal menjawab panggilan telefon dengan menggunakan mikrofon yang dibina di dalam, mengawal musik pilihan serta volume dengan adanya sokongan AI (siri).

Eksesori baru dari Apple juga akan dijual melalui Apple Stores dan laman web rasmi Apple pada harga $149.95 (RM 670).

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Bawa Pulang Produk Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY