Fnatic Dota 2 Mengumumkan Senarai Pemain Mereka

Fnatic kelmarin mengumumkan senarai pemain mereka untuk pasukan Dota 2.

Mereka yang sebelum ini tidak mendaftar untuk Kiev Major bagi mencari pemain-pemain baru bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemain-pemain lama sebelum ini.

Dengan tempat ke-4 di dalam TI 6 yang lepas, Fnatic dilihat tertekan untuk mengekalkan prestasi pasukan yang bersaing di rantau Asia Tenggara.

Ditampilkan muka-muka lama yang cukup sinonim dengan rantau ini, Fnatic dilihat cuba bangkit selepas beberapa keputusan mengecewakan organisasi itu kebelakangan ini.

Di posisi #1 ialah Meracle. Pemain muda Singapura itu sering disalah erti sebagai Miracle, pemain Liquid dari Jordan.

Meracle sebelum ini menganggotai pasukan Mineski dan sangat terkenal dengan permainan Naga Siren.

Selepas menjalani servis khidmat negara Singapura selama 2 tahun, Meracle kini boleh menumpukan sepenuh perhatian beliau ke arena e-sukan.

Posisi #2 pula menampilkan QO. Pemain Korea Selatan itu cukup terkenal pada tahun 2016 dengan pasukanya ketika itu, MVP Phoenix.

Bermain dengan cara permainan agresif membuatkan pemain ini antara yang menarik untuk dilihat.

Memperkenalkan permainan Phantom Assasin di 'lane' tengah, Fnatic kini mempunyai asas pasukan yang kuat.

Pada posisi #3 pula, Fnatic mengekalkan pemain mereka iaitu Ohaiyo.

Pemain itu yang bersama Fnatic menjulang tempat ke-4 di TI 6 merupakan pemain veteran di rantau ini dan dilihat dapat memberi kestabilan kepada pasukan baru ini.

Antara yang ditunggu-tunggu oleh peminat Fnatic ialah pemain di posisi #4.

Djardel Mampusti atau lebih singkat, DJ merupakan bekas pemain Fnatic yang sangat terkenal sebagai pengatur permainan pasukan semasa TI 6 lepas.

DJ kembali ke Fnatic selepas kali terakhir bermain untuk pasukan Excreation.

Dan akhir sekali untuk posisi #5, Febby dari Korea Selatan melengkapi senarai pasukan.

Febby pernah bersama QO dan Ohaiyo bersama pasukan masing-masing bakal mengisi posisi sokongan dan memberikan pengalaman dan persefahaman kepada asas pasukan ini.

Sumber