Flybrix: Drone Untuk Kanak-Kanak







Beberapa hari lepas, sebuah syarikat startup dari San Francisco telah mula menjual drone yang hanya diperbuat daripada blok Lego. Walaupun tidak bekerjasama secara rasmi dengan Lego, produk itu sangat serasi atau sesuai dengan format blok Lego. Ini bermaksud pengguna boleh mereka apa sahaja bentuk yang mereka kehendaki. Dibina dan di siapkan dalam masa yang singkat. drone yang dikenali sebagai Flybrix itu boleh dipasang sehingga 8 buah motor yang berfungsi untuk menerbangkanya.



Flybrix merupakan sebuah drone yang sangat ringan berbanding drone di pasaran yang lain. Ia boleh di kawal dengan dua cara, samada menggunakan aplikasi kawalan penerbangan Bluetooth yang terdapat untuk iOS dan Android atau pun menggunakan kawalan penerbangan manual yang boleh dibeli dari syarikat pengeluar terbabit. Syarikat Flybrix memanggil drone itu sebagai "crash friendly" dimana pengguna mampu mereka semula drone itu jika ia melanggar dinding kerana ia hanya dibuat dari blok Lego yang tidak mudah pecah.



Syarikat ini  menyasarkan kanak-kanak serta remaja dari umur 14 tahun dan keatas yang gemar dengan permainan yang melibatkan geometrik serta aerodinamik. Drone Flybrix akan dijual untuk dua versi; Basic dan Deluxe. Set Basic akan dijual dalam lingkungan harga ~RM615 manakala set Deluxe dijual pada harga ~RM800.









Sumber: Tech Crunch


Berkaitan