Flickr Versi Percuma Kini Terhad Kepada 1000 Foto Dan Video

Sekiranya anda seorang pengguna Flickr, kebebasan memuat naik foto serta video bakal ditarik.

Tempoh hari, Flickr telah mengumumkan beberapa kemaskini untuk akaun versi percuma serta pro.

Bermula 8 Januari hadapan, akaun percuma Flickr hanya mengehadkan kepada 1000 foto dan video tanpa mengira saiz fail. Langkah ini diambil bagi menarik pengguna supaya melanggan versi berbayar Flickr Pro.

Sekiranya pada 5 Februari 2018 jumlah foto dan video anda melebihi had yang ditetapkan, Flickr akan mula memadam fail-fail lama.

Bagi akaun pro pula, pengguna akan diberikan akses storan tanpa had, tanpa iklan, diskaun untuk perkhidmatan lain dan sokongan kepada foto 5K.

Langganan setahun pada harga $50 tetapi jika pengguna melanggan sebelum hujung November ini, diskaun sebanyak 30% akan diberikan untuk 12 bulan pertama. Bermula Januari juga, pengguna tidak perlu lagi melog masuk menggunakan akaun Yahoo.

Sumber: Flickr via Engadget

 

Berkaitan