Flashpoint Menyimpan Berpuluh Ribu Permainan Legenda Flash

Tidak akan hilang ditelan zaman.


Laman BlueMaxima’s Flashpoint telah mula mengumpul berpuluh ribu permainan lagenda flash yang popular suatu ketika dulu.

Ia adalah sebagai usaha platfom tersebut bagi menyimpan permainan-permainan berasaskan flash itu daripada hilang ditelan zaman berikutan penamatan flash oleh Adobe pada penghujung tahun 2020 ini.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=104&v=qrU6RJbeKfo&feature=emb_logo

Jadi jika anda pernah meminati permainan flash suatu ketika dulu, bolehlah memuat turun platfom Flsahpoint 7.1 Ultimate yang bersaiz 300GB dan memainkan lebih daripada 36,ooo permainan flash.

Flash pernah menjadi platfom utama kepada pembangunan kandungan web dan sangat popular lebih 20 tahun dahulu.

Walaubagaimanapun menurut Google, sejak 2017 lalu pengguna yang melayari laman web menggunakan Flash telah menurun dari 80% kepada hanya 17% sahaja.

Kemunculan standad terbuka yang lebih moden seperti HTML 5, WebGL dan WebAssembly juga kini menjadi pilihan utama dalam pembangunan kandungan web kerana keupayaan dan fungsinya yang lebih berdaya saing dan lebih selamat berbanding flash.

Pemain-pemain utama pembangun teknologi internet seperti Facebook, Mozilla dan Microsoft juga telah mengumumkan bahawa mereka mula menamatkan sokongan flash secara berperingkat sejak 2018.

Manakala Apple pula menerusi Steve Jobs telah secara terbuka mengkritik flash dan firma itu mula meninggalkan platfom flash sejak 2010 lagi.