Flash Drive Baru Dari SanDisk Mampu Pindah Fail Format 4K Dalam Masa Beberapa Saat Sahaja

Zaman sekarang setiap perkara yang dilakukan memerlukan kepantasan.

Hatta memindahkan fail kedalam flash drive sekalipun kadangkala boleh mendatangkan kemarahan jika terlalu perlahan.

Dengan produk baru keluaran SanDisk, anda tidak perlu lagi risau untuk memindahkan fail bersaiz besar seperti fail berformat 4K.

Menurut Western Digital, flash drive ini merupakan storan mudah alih berkelajuan tinggi dalam kelasnya.

Untuk tidak mengelirukan anda, Western Digital telah membeli syarikat SanDisk pada bulan Mei tahun lalu.

Bersaiz 256GB, flash drive yang dikenali sebagai SanDisk Extreme Pro 3.1 SSD flash drive ini berupaya
• membaca sehingga 420MB/s dengan
• kelajuan menulis sehingga 380MB/s.

Ini bermakna pemindahan fail berformat 4K dapat dilakukan dalam masa lebih kurang 15 saat sahaja.

Bukan itu sahaja, kapasiti storan yang besar juga memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menyimpan fail-fail berharga dalam jumlah yang banyak.

Keselamatan fail yang disimpan pula akan dilindungi dengan perisian yang sudah sedia terpasang seperti ciri enkripsi fail 128 bit dan kata laluan.

Terdapat dua versi yang akan dipasarkan;
• 128GB dijual pada harga RM 469
• 256Gb dijual pada harga RM 769

Sumber: Live At PC