Flasgship Terbaru Dari OnePlus Akan Dilancarkan 15 November Ini

One Plus akan hadir dengan model flagship terbaru mereka yang dijangka dilancarkan pada 15 November ini di laman Facebook rasmi mereka secara langsung. Seperti yang telah diketahui umum, telefon pintar OnePlus 3 merupakan satu-satunya telefon pintar berkuasa tinggi dan dilengkapi 6GB RAM yang boleh diperolehi di bawah RM2,000. OnePlus 3 sememangnya menjadi antara flagship yang diangkat oleh para pengkritik. OnePlus 3 boleh dikatakan telefon pintar 'underrated' di pasaran.

Flagship terbaru dari One Plus akan dibina dengan menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 821 pada kadar 2.35GHz. Walaupun pihak One Plus sendiri tidak menyebut tentang nama rasmi flagship baru mereka, kita dapat lihat dengan jelas pada gambar dari One Plus yang mempamerkan huruf T. Mengikut berita khabar angin sebelum ini, kami dapat pastikan peranti flagship baru mereka akan diberi nama OnePlus 3T.

Banyak khabar angin yang diura-urakan sebelum ini tentang OnePlus 3T. Selain daripada pemproses baru, OnePlus 3t juga bakal menampilkan sensor Sony IMX398. Ianya bakal menggunakan Android 7.0 Nougat-based Oxygen OS dengan paparan AMOLED. Ianya juga akan dibina dengan RAM sebesar 6GB. Dari segi storan dalaman pula, OnePLus 3T akan menawarkan dua pilihan iaitu 64GB dan 128GB. Dari segi kapasiti bateri, OnePlus 3T dijangka memiliki saiz bateri 3300mAh.

Sama-sama kita nantikan.

 

Berkaitan