Flagship LG Tahun Ini Bakal Diberi Nama LG G7 ThinQ

Syarikat yang berpangkalan di Korea ini sedang bergelut dalam persaingan telefon pintar, sehinggakan mereka terpaksa menangguhkan pelancaran LG G7 dan sebaliknya membawakan LG V30S ThinQ ke pasaran pada acara MWC 2018 yang lepas.



Nama 'ThinQ" itu sendiri adalah untuk menggambarkan fungsi AI yang dibina oleh LG. Menurut seorang kaki tiris terkenal, LG bakal memperkenalkan satu lagi flagship yang diberi nama LG G7 ThinQ yang memfokuskan kepada penggunaan AI dalam peranti mereka.



Menurut khabar angin yang berlegar-legar dalam dunia internet, LG G7 ThinQ ini sepatutnya hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 845, RAM 6GB, dengan panel skrin M+ LCD bersama takuk.



Walaupun kami merasakan nama yang diberi agak 'rempit', namun kami menjangkakan satu peranti yang hebat oleh LG. Sama-sama kita nantikan.