Five - Jenama Bahan Api Terbaharu Di Malaysia

Sudah mula beroperasi sejak 16 Mac lepas dengan pembukaan stesen minyak di Kalumpang, Five beberapa hari yang lalu telah rasmi dilancarkan di Malaysia.

Five Petroleum Malaysia adalah dibawah kendalian Seng Group, syarikat sama yang pernah menguruskan stesen-stesen minyak Esso dan Mobil di dalam negara sebelum ini.

Bagi peringkat pertama, sejumlah 30 hingga 40 buah stesen minyak telah disasarkan untuk kawasan luar Lembah Klang dan ia bakal diluaskan lagi ke bandar-bandar besar selepas itu.

Difahamkan, Five akan turut melaksanakan isian petrol dengan lebih mudah menerusi aplikasi pintar. Ia membolehkan pelanggan membuat pembayaran secara elektronik yang disertakan dengan mata ganjaran dan program kesetiaan.

Sistem penyelesaian teknologi dipanggil sebagai electronic-Know Your Customer (e-KYC) akan digunakan dimana ia berupaya mengenal pasti identiti pelanggan, e-dompet, gerbang pembayaran serta pengesanan nombor pendaftaran.

Sumber: Five Petroleum Malaysia dan Paultan