Fitbit Baru Lebih Bijak Dengan Rekaan Lebih Kemas






Fitbit (FIT), pengeluar pengesan kecergasan (fitness trackers) terbesar baru saja melancarkan dua model baru dan ianya kelihatan sangat hebat.





Dua model baru tersebut adalah Fitbit Charge 2 (~RM630) dan Flex 2 (~RM420) dengan fungsi utama mereka, mengira langkah jalan kaki anda setiap hari. Kini ia bakal hadir dengan fungsi menarik seperti mengesan secara automatik tidur anda (kualiti serta kuantiti), berlari, berjalan, menunggang basikal, dan mengira kalori yang dibakar. Ia juga akan mengingatkan anda untuk bergerak jika anda duduk terlalu lama, dan akan bergetar jika terdapat panggilan telefon atau mesej masuk kedalam telefon.





Charge 2 akan memantau nadi anda secara berterusan. Ia juga membantu dalam melakukan senaman pernafasan untuk menghilangkan tekanan. Semua ciri ini boleh didapati dalam aplikasi telefon Fitbit.





Apa yang mengagumkan adalah peranti ini mampu mengukur tidur anda secara tepat seperti bila anda bangun tidur, graf yang menunjukkan anda ke tandas, gangguan haiwan peliharaan dan juga mimpi ngeri ketika tidur. Dipendekkan cerita, ia akan mendedahkan segala jenis aktiviti yang anda alami ketika waktu tidur.









Apa yang akan dapat jika anda membeli Charge 2;


  • Tali yang boleh ditukar - Tali pengesan kecergasan ini boleh dicabut untuk digantikan dengan tali yang beraneka warna. Terdapat juga tali yang lebih mahal diperbuat daripada kulit







  • Edisi Deluxe - Model baru ini tampak lebih kemas berbanding keluaran terdahulu serta pesaing-pesaing yang lain. Kini ia dengan sedikit tambahan wang anda boleh memiliki Charge 2 berwarna merah keemasan ataupun hitam pada panel sisi peranti itu. 















  • Skrin paparan 4 kali lebih besar - Skrin yang lebih jelas dan paparan yang terperinci.















  • Notifikasi - Peranti ini akan memaparkan 40 karakter terawal dalam mesej yang masuk. Selain itu, ia turut menunjukkan kalendar temujanji, mengenal pasti pemanggil bila panggilan suara diterima. Malangnya skrin yang berbentuk menegak menyebabkan anda perlu scroll ke bawah untuk membaca mesej yang masuk.

  • Pengesan Sukan Pelbagai - Charge 2 mempunyai mod istimewa dimana ia akan mengesan larian, berat, treadmill, berbasikal, dan apa jua senaman. Pilih jenis senaman dan beritahu pengesan bila anda mahu mula dan mahu berhenti. Ia akan memaparkan segala data yang relevan semasa senaman dilakukan.










  • Pengesan Pintar - Pengesan kecergasan ini akan mengesan segala jenis aktiviti yang anda lakukan secara automatik. Samada, berjalan, berlari, berbasikal mahupun senaman aerobik. Lakukan aktiviti sekurang-kurangnya selama 15 minit dan Charge 2 akan mengesan serta merekodkan jenis aktiviti itu dengan sendirinya. Sebagai contoh anda berbasikal, aplikasi akan mengenal pasti aktiviti yang anda lakukan dan merekod " Outdoor Bike Ride". Fitbit menerangkan bahawa Charge 2 dilengkapi dengan sensor yang sangat sensitif dengan getaran dan boleh membezakan samada anda sedang berlari mahupun berbasikal.

  • Sambungan GPS -  Anda memerlukan telefon pintar supaya pengesan ini mendapat sambungan GPS. Ia akan menunjukkan graf laluan pada peta, merekod jarak laluan dan masa yang anda lalui. Jika tidak 






  • Tahap Kecergasan Kardio - Charge akan menganggar VO2 Max anda; mengukur kadar maksimum oksigen ketika senaman dilakukan. Peranti ini akan  menggunakan data yang terkumpul seperti umur, kadar rehat jantung, langkah larian, kadar puncak jantung semasa 10 minit larian. Kemudia ia akan mengira jumlah maksimum oksigen yang boleh digunakan pengguna (VO2 Max).



Walaupun mempunyai fungsi yang serba canggih, terdapat kekurangan pada Fitbit Charge 2 dimana ia bukan kalis air. Sungguhpun begitu, ia boleh dipakai ketika hujan ataupun membasuh tangan. Jangan gunakan ia semasa anda berenang ataupun mandi.






Tetapi menurut pengurus produk Fitbit, beliau sentiasa memakai Charge 2 ketika mandi. Mengapa Fitbit melarang pengguna menggunakannya ketika mandi? Jelas, kerana mereka mahu mengelakkan aduan dari pengguna yang gemar mandi terlalu lama.





Jika anda mahukan peranti yang benar-benar kalis air, anda bolehlah membeli Flex 2. Flex 2 mampu mengesan berapa pusingan renang yang anda lakukan di kolam renang. Rekaan lebih kecil dan ringan tetapi ia tidak mempunyai skrin paparan. Ia dilengkapi 5 lampu LED yang berkelip dengan pelbagai corak dan warna untuk berkomunikasi dengan anda.





Fungsi yang ada pada Flex 2 - Mengesan anda tidur, berjalan, berlari, berbasikal, berenang, penggera, bateri yang mampu bertahan selama 5 hari. Apa yang menarik ialah tali peranti ini boleh ditukar seperti Charge 2. Anda boleh menggayakan ia seperti jam tangan, gelang tangan mahupun rantai leher.





Mari kongsikan di ruangan komen pengesan kecergasan mana yang menjadi pilihan anda.





Sumber: Yahoo Tech













Berkaitan