Firma Dari Israel Akui Mampu Akses Masuk Sistem Operasi Semua iPhone

Mungkin sesetengah daripada anda pernah membaca laporan mengenai sebuah firma berpengkalan di Israel, Cellebrite, mampu mengakses masuk kedalam sistem operasi iPhone.


Syarikat pakar perisian forensik tersebut tampil mengumumkan mereka kini berupaya untuk mengakses masuk sistem semua iPhone, hatta yang terpasang dengan iOS 12.3 yang dilepaskan sebulan lalu.

Kebolehan tersebut didapati melalui Universal Forensic Extraction Device (UFED Premium) versi terkini yang dinyatakan sebagai "penyelesaian eksklusif bagi penguatkuasaan undang-undang". Selain , UFED Premium mampu mengekstrak data beberapa peranti popular Android seperti siri Galaxy S, LG, Huawei serta Xiaomi.

Ia memberi bayangan bahawa peranti dari Cellebrite tersebut berpotensi untu memecah masuk sistem kebanyakkan telefon pintar yang berada dalam pasaran ketika ini.

Terdahulu, pihak berkuasa Amerika Syarikat ada meminta Apple untuk memberikan akses backdoor iPhone seorang penjenayah yang terlibat dalam kes tembakan di San Bernadino. Namun begitu, Apple enggan berbuat demikian atas alasan takut pihak tersebut memanipulasi sistem berkenaan untuk kepentingan mereka.