Fireside Audiobox Peranti Pembesar Suara Yang Dapat Menghasilkan Nyalaan Api Sedang Menari.

Bayangkan anda dapat menenangkan diri bersama unggun api yang menari nari mengikut rentak irama lagu. Kini Fireside Audiobox, sebuah peranti pembesar suara bluetooth yang mengeluarkan rentak api mengikut alunan music.












Kebanyakkan peranti pembesar suara hanyalah digunakan sebagai alat pembesar suara semata mata namun Fireside Audiobox ini boleh menjadi salah satu tarikan sewaktu di rumah atau di majlis.



"Fireside Audiobox ini adalah hasil ciptaan selama dua tahun. Saya ingin menghasilkan sebuah peranti yang dapat menghasilkan mood sesebuah lagu secara visual" Kata pereka bentuk Fireside Audiobox Tyrone Hazen.



Pembesar suara ini mempunyai saiz berukuran 19.5 x 14 x 4.5 inci. Ianya boleh disambung menggunakan bluetooth dan mempunyai keupayaan bermain musik selama 8 jam berterusan. Lenggukkan api adalah tarikan utama peranti ini, mempunyai 15 baris api di atas bongkah silinder.









Pengguna perlu menyalakan api menggunakan pemetik api, nyalaan api akan menari mengikut irama musik dengan menggunakan prinsip gelombang musik dihasilkan oleh bongkah silinder tersebut.



Tiub dan kaca peranti tersebut direka untuk haba yang minimum namun adalah lebih elok untuk menjauhkannya dari kanak kanak. Di khabarkan ianya boleh di beli melalui pembelian online di laman web Kickstarter bulan April tahun hadapan.


The creator demonstrates the device in the video below.