Firefox Untuk iOS Mendapat Perlindungan Penjejak Secara Automatik

Skandal Cambridge Analytica membangkitkan isu privasi untuk pengguna internet seluruh dunia. Syarikat pengiklanan menggunakan data yang dibekalkan dari organisasi seperti Google, Facebook dan lain-lain lagi bagi mendedahkan tingkah laku pengguna semasa melayari internet.

Untuk itu, Mozilla telah mengeluarkan versi baru untuk pelayar iOS yang akan mengaktifkan fungsi anti-penjejak secara automatik. Sebelum ini, fungsi tersebut perlu diaktikan secara manual atau automatik di dalam modĀ private browsing.

Fungsi anti-penjejak menutup elemen di dalam laman sesawang bagi memantau pengguna mereka. Versi terbaru ini hanya ada untuk versi 11.0 dan ke atas.

Sumber