Firefox Quantum Pelayar Baru Untuk Mengugat Google Chrome

Untuk sekian lamanya, Google Chrome telah mendominasi pilihan pengguna internet untuk menjadi pelayar pilihan. Mengikut data dari StatCounter, Chrome memperolehi 55% pasaran dunia dalam kategori pelayar dengan Safari berada di tempat ke-2 dengan 15% dan lain-lain dengan peratusan bawah 10%.

Minggu ini, Mozilla telah mengeluarkan versi Beta untuk pelayar terbaru mereka, Quantum yang mendakwa 2X lebih laju dari pelayar biasa Firefox dan menggunakan 30% kurang tenaga.

Pelayar Firefox yang sebelum ini menggunakan satu teras dalam CPU bakal berubah dengan Quantum akan menggunakan kelebihan beberapa teras CPU dengan lebih effisen.

Mozilla menggalakan sesiapa yang ingin mencubanya berbuat demikian dengan versi Beta sudah boleh mula dimuat turun sekarang dengan versi penuh pada 14 November nanti.

https://youtu.be/YIywpvHewc0