Firefox Monitor Beritahu Pengguna Bila Kata Laluan Mereka Sudah Tercemar

Selepas melalui fasa ujian selama beberapa bulan, Mozilla akhirnya melancarkan servis percuma Firefox Monitor yang memberitahu pengguna apabila maklumat sulit seperti kata laluan mereka telah dicuri. Servis mereka yang disambungkan kepada pengkalan data Have I Been Pwned (HIBP) yang memberikan notifikasi kepada pengguna sekiranya emel mereka diceroboh pada masa akan datang.



Tujuannya adalah sama, untuk memastikan pengguna mendapat maklumat mengenai akaun emel mereka yang telah diceroboh serta memberikan masa kepada mereka untuk bertindak. Mozilla juga memberikan saranan agar kata laluan ditukar untuk emel yang terjejas bagi memastikan integriti maklumat peribadi terjamin.

Mozilla terus memberikan jaminan akan membawakan lebih banyak lagi fungsi keselamatan ke dalam servis mereka pada musim luruh ini. U