Firefox Akan Senyapkan Video Yang Bermain Secara Automatik

Melayari internet dan tiba-tiba keluar suara orang bercakap. Ya, ramai yang tidak suka akan ciri video dimainkan secara automatik ini.

Bakal mengikut jejak langkah pelayar yang lain, Mozilla telah mengumumkan akan memperkenalkan ciri membisukan audio dari video yang dimainkan secara automatik.

Ciri itu akan menghalang audio atau video dari bermain secara automatik yang mana pengguna perlu menekan sendiri butang Play untuk memainkannya.



Tetapan bagi ciri boleh diakses pada bahagian URL. Pengguna boleh menetapkan sama ada mahu menyekat ciri autoplay sesuatu laman web itu atau tidak.

Ia akan dikhabarkan hadir pada Firefox 66 yang diramal penawarannya sekitar Mac depan.

Sumber: Mozilla