Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Find X3 wide

Find X3 Akan Dilancar Minggu Hadapan, Telefon OPPO Pertama Dengan Snapdragon 888

Diterbitkan Mac 1, 2021 oleh Amsyar Latif

Sebelum ini, kami telah melaporkan bahawa OPPO Find X3 akan dilancarkan sekitar bulan Mac. Kini, sebuah poster promosi telefon pintar ini telah tertiris di arena web yang mendedahkan tarikh pelancarannya.

Berdasarkan poster yang dimuat naik di weibo, OPPO bakal melancarkan siri andalan mereka iaitu Find X3 pada 11 Mac ini. Seperti mana diketahui, ia adalah telefon pertama OPPO yang dikuasakan Snapdragon 888.

Find X3

Selain itu, ura-ura terdahulu juga ada menyatakan akan terdapat beberapa lagi siri Find X3 seperti Neo dan Lite. Mungkin varian lain ini akan hadir dengan cip Snapdragon 870 seperti mana yang tertiris pada Geekbench bulan lalu.

Walau bagaimanapun, ia adalah acara di China dan pelancaran global kebiasaannya akan menyusul tidak lama selepas itu. Sama-sama kita nantikan spesifikasi penuh dan tanda harga bagi telefon pintar ini.

Sumber: weibo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
©2026 WISER.MY