Find X Edisi Lamborghini Turut Menjadi Taruhan Oppo

Peranti telefon pintar dengan jenama kereta mewah? Itu bukan perkara luar biasa bagi pengeluar telefon pintar. Oppo juga tidak ketinggalan dan menjalinkan kerjasama dengan pembuat kereta mewah dari Itali, Lamborghini.



Peranti Find X edisi Lamborghini itu mempunyai rekaan luar sedikit berbeza dengan model biasa dan ditambah dengan kemampuan pengecasan pantas VOOC yang dinaik taraf.



Diberi nama Super VOOC, Oppo mendakwa teknologi tersebut mampu mengecas bateri peranti Find X dari 0% ke 100% dalam masa 35 minit. Teknologi pengecasan pantas VOOC merupakan teknologi dari Oppo yang berbeza dengan teknologi pengecasan pantas Qualcomm.  VOOC menekankan aliran arus yang tinggi berbanding Qualcomm yang menekankan aliran voltan tinggi.

Find X edisi Lamborghini dijual dengan harga €1699 (RM 7,866) dan akan hadir dengan ruang storan 512GB.