Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tips Mudah Tonton YouTube Tanpa Iklan

FINAS Menawarkan Dana Sehingga RM20 Ribu Untuk Pembangun Kandungan YouTube

Diterbitkan November 10, 2020 ยท Dikemas kini November 10, 2020 oleh ariff bukhari

Berita baik kepada para pembangun kandungan YouTube (YouTuber). Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menawarkan dana sehingga RM20,000.

Dana tersebut ditawarkan menerusi Program Dana Mikro Khas PELAKSANA COVID-19 yang bertujuan memberikan peluang kepada para penggiat industri secara individu untuk menghasilkan kandungan kreatif berdasarkan tema ‘Pembudayaan Norma Baharu’.

Selain untuk pembangun media di saluran YouTube, FINAS turut menawarkan dana untuk 2 lagi kategori iaitu Mikro dengan jumlah pembiayaan sehingga RM5,000 dan Filem Komuniti sebanyak RM15,000.

DANA FINAS 2

Antara syarat utama bagi melayakkan anda memohon dana ini pula adalah pemohon mestilah berumur antara 18 hingga 35 tahun, tidak pernah menerima Dana mikro sebelum ini, memiliki sijil atau peringkat yang lebih tinggi dalam bidang industri kreatif daripada pusat pengajian tinggi atau seangkatannya dan bukan dikategori sebagai muflis.

Permohonan dana ini dibuka dari 6 November hingga 16 November 2020.

Untuk info lanjut, layari laman rasmi Dana Kandungan Digital (DKD) FINAS Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY