Final Fantasy VII Mobile Akan Tiba Tahun Ini, Sebuah Lagi Permainan Battle Royale


Siri Final Fantasy yang dibangunkan Square Enix mempunyai ramai peminat sejak dahulu lagi. Semalam, pengguna PS5 sudah pun menerima kehadiran Final Fantasy VII (FFVII) Remake untuk platform tersebut.

Namun, tanpa diduga, Square Enix turut akan melancarkan dua lagi permainan Final Fantasy VII tetapi untuk platform mudah alih.

Dua permainan yang dimaksudkan adalah Final Fantasy VII: The First Soldier dan Final Fantasy VII: Ever Crisis. Kedua-duanya akan ditawarkan untuk iOS dan Android.

Untuk FFVII: Ever Crisis yang dijadualkan tiba pada 2022, ia memberikan sebuah permainan yang merangkumi keseluruhan garis masa dan penceritaan FFVII itu sendiri.


Manakala, FFVII: The First Soldier pula adalah sebuah permainan yang bergenre battle royale yang tampil berlatar belakangkan Midgar. Ia akan dilancarkan pada tahun ini.

Menariknya, kedua-dua permainan ini boleh dimuat turun secara percuma dan pembelian dalam aplikasi (in-app purchase) masih ada.

Tidak dapat dinafikan, permainan mudah alih terutama genre battle royale semakin banyak ditawarkan dan popular dalam komuniti mobile gamers.

Buktinya, Apex Legends Mobile dan PUBG: New State turut bakal membuat kemunculan pertama pada tahun ini.

Sumber: phone arena