Filem Pendek Ini Dirakam Khas Menggunakan Kamera vivo X60 Pro

Jika tahun lalu, vivo menghasilkan filem 'Kita' yang dirakam menggunakan X50 Pro, kini, mereka memperlihatkan pula kemampuan kamera X60 Pro dengan kamera ZEISS menerusi 'The Incident'.



Filem pendek ini mengisahkan seorang ibu tunggal (lakonan Pauline Tan) yang menghadapi kesukaran dalam membesarkan anaknya berusia 10 tahun (lakonan Phua Chandler) setelah kematian suaminya (lakonan Yuan Teng). Selain itu, Adibah Noor turut membuat penampilan khas dalam filem tersebut.

The Incident diarahkan oleh pengarah tempatan, Chong Keat Aun yang mana mereka berkata tiada masalah dalam penghasilan filem ini kerana kemampuan X60 Pro sangat membantu.



Dalam pada itu, bagi menaikkan lagi mood filem tersebut, vivo juga mengeluarkan runut bunyi khas baginya yang bertajuk "Light of Hope".

https://www.youtube.com/watch?v=_-cXxvahULc

Lagu ini dicipta oleh Firdhaus Farmizi dan Yise Loo dimana dari tajuknya sudah cukup menggambarkan situasi filem pendek 'The Incident'.

Sekiranya anda berminat untuk menonton filem pendek ini, anda boleh terus layari Facebook rasmi vivo Malaysia.

Sumber: Siaran Akhbar vivo Malaysia