Filem Animasi Super Mario Bakal Ditayangkan Pada 2022

Anda sudah memainkan Super Mario dari kecil? Anda salah seorang peminat karakter tukang paip ini? Berita baik buat anda kerana siri permainan popular itu dikatakan bakal ditayangkan kepada peminat pada 2022.

Mungkin ada dalam kalangan kita yang kecewa dengan filem live action Super Mario Bros yang pernah dikeluarkan pada 1993 dahulu, versi animasi ini mungkin boleh menjadi pengubatnya.

Mengutip laporan dari Variety, animasi Super Mario sedang berada dalam fasa pembikinan yang akan dikendalikan oleh Illumination yang terkenal dengan Despicable Me dan The Secrets Life of Pets.

Untuk mengelakkan kegagalan seperti filem yang sudah, syarikat pembikin bakal bekerjasama dengan pencipta permainan itu sendiri, Shigeru Miyamoto.

Sumber: Variety