Selagi wujudnya industri filem, akan sentiasa ada filem aksi. Mengalahkan orang jahat, mencuri kereta, memulakan perang intergalaksi, dan aksi menyelamatkan dunia adalah antara babak dalam filem aksi terbaik yang pernah dihasilkan sepanjang zaman.
Di sini, ada sepuluh filem aksi terbaik yang sudah dihimpunkan khas untuk anda yang mencari filem aksi untuk ditonton.
1. Mad Max: Fury Road (2015)
Barisan Pelakon: Charlize Theron, Tom Hardy, Nicholas Hoult, Zoë Kravitz Pengarah: George Miller
Filem arahan George Miller ini dikatakan filem aksi terbaik yang pernah dihasilkan sepanjang abad ke-21 ini. Susunan dan tulisan cerita yang luar biasa menjadikan filem ini tiada tandingan lebih-lebih lagi didominasi oleh pelakon wanita hebat, Charlize Theron.
Anda ingin menyaksikan bagaimana kaum wanita membalas dendam terhadap dunia yang berlaku kejam terhadap mereka? Mad Max: Fury Road mengisahkan sekumpulan tahanan wanita yang diketuai oleh Imperator Furiosa (Charlize Theron), yang memberontak terhadap penguasa zalim sewaktu mencari tanah air mereka.
Pautan filem: Amazon Prime Video – Mad Max: Fury Road
2. The Raid (2011)
Barisan Pelakon: Iko Uwais, Yayan Ruhian, Joe Taslim, Ray Sahetapy Pengarah: Gareth Evans
Bagi seorang peminat tegar genre aksi, nama Iko Uwais tentunya sudah tidak asing lagi. Filem The Raid arahan Gareth Evans yang mempunyai sekuel, The Raid 2, ini penuh dengan adegan aksi yang sangat cemerlang.
The Raid mengisahkan pasukan SWAT Indonesia yang diketuai oleh Rama (Iko Uwais) harus berusaha untuk menghadapi musuh-musuh di Jakarta, termasuk Mad Dog yang dimainkan oleh Yayan Ruhian. The Raid juga telah memperkenalkan Pencak Silat kepada dunia iaitu seni mempertahankan diri yang berasal dari Nusantara, menjadikan filem ini lain daripada lain.
Pautan filem: Netflix – The Raid
3. John Wick (2014)
Barisan Pelakon: Keanu Reaves, Ian McShane, Lance Reddick, Bridget Moynahan Pengarah: Chad Stahelski
Filem John Wick yang asli adalah filem indie dalam genre aksi. Namun, berkat gabungan gun-karate yang mantap dan barisan pelakon hebat, Keanu melakukannya dengan penuh bergaya dan cukup sempurna. Diselitkan dengan koreografi serta sentuhan emosi, John Wick berjaya mewujudkan ‘demam’ di kalangan pengikut dan peminat trilogi John Wick.
Pautan filem: Netflix – John Wick
4. The Dark Knight (2008)
Barisan Pelakon: Christian Bale, Heath Ledger, Gary Oldman, Michael Caine Pengarah: Christopher Nolan
5. Kill Bill (2003/2004)
Barisan Pelakon: Uma Thurman, Vivica A. Fox, David Carradine, Lucy Liu Pengarah: Quentin Tarantino