Permainan battle royale seperti Fortnite dan PUBG ternyata berjaya menarik minat penggemar permainan video hari ini. Misi utama permainan ini adalah sama, iaitu menjadi insan terakhir yang kekal hidup atau last man standing.

Sinonim dengan permainan ber-genre peperangan, Electronic Arts(EA) mungkin akan membuat kejutan apabila dikatakan akan membawa mod ini ke permainan bola sepak popular mereka, FIFA 19. Ya, permainan bola sepak.

Kredit : FifaTradeBrasil

Mod ini dijangka akan dimainkan ala-ala permainan futsal atau FIFA Street yang pernah popular satu masa dulu. Menurut laporan dari Versus, 10 orang permain akan dibahagikan kepada dua pasukan, 5 pemain setiap pasukan.

IKLAN

Selepas itu, mereka akan berlawan futsal sesama mereka dan setiap gol yang dibolosi oleh sesebuah pasukan akan mengakibatkan seorang pemain mereka tersingkir. Bagaimana pemilihan pemain yang disingkarkan itu masih belum diketahui.

Kredit : [email protected]

Pasukan mana yang memiliki pemain yang masih hidup di akhir permainan akan di kira sebagai pemenang. Perkara ini menjadi tular apabila imej seperti di atas telah tertiris di arena internet yang memaparkan ikon pemain yang telah tersingkir daripada permainan.

Walaubagaimanapun, mod permainan ini masih di peringkat ura-ura. Maklumat lanjut mungkin akan dapat diketahui menjelang tarikh pelancarannya pada 29 September ini atau selepas demo FIFA 19 dikeluarkan pada 11 September nanti.

Sumber