Fenomena 'Sun Outage' Sepanjang Bulan Mac Ini Akan Menyebabkan Gangguan Pada Siaran MYTV

Berpunca daripada fenomena semulajadi.


MYTV Broadcasting pada lewat Februari lalu memaklumkan bahawa akan berlakunya gangguan terhadap isyarat MYTV DTH (Direct to Home) sepanjang bulan Mac ini.

Ia berikutan daripada berlakunya fenomena alam yang dikenali sebagai  ‘Sun Outage’.




Sun Outage’ merupakan fenomena semulajadi yang berlaku ketika radiasi matahari berada pada kedudukan selari dengan satelit dan bumi.

Tenaga solar akan menjejaskan isyarat satelit yang sampai ke stesen bumi. Anggaran waktu gangguan siaran adalah di antara jam 11.30 pagi sehingga 5.30 petang (waktu Malaysia).

Antara tanda-tanda gangguan isyarat yang mungkin akan berlaku adalah seperti visual yang membeku atau gangguan audio.

Walaubagaimanapun, gangguan siaran itu hanya akan berlaku dalam tempoh beberapa minit sahaja. Di pihak pengguna pula, anda tidak perlu membuat sebarang penalaan semula.




Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut, bolehlah menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV Broadcasting di talian 1800-18-1088.






Berkaitan