FBI Memulakan Siasatan Terhadap Uber Atas Program Penjejakan 'Hell' Mereka

Uber menjadi perhatian pihak berkuasa Amerika Syarikat kerana program perisian mereka yang diberi nama 'Hell'.

Pihak FBI dan pejabat pendakwa raya Amerika Syarikat di New York telah mula menyiasat samada Uber telah menggunakan perisian mereka untuk mengeluarkan pesaing mereka, Lyft secara tidak sah.

Program perisian mereka, 'Hell' telah menjejak pemandu Lyft melalui akaun palsu penumpang bagi mengetahui bila dan dimana pemandu Lyft bekerja. Uber dituduh menggunakan program itu untuk mengetahui pemandu mana yang bekerja dengan mereka dan pada masa yang sama bekerja untuk pesaing mereka.

Uber dilaporkan sudah berhenti menggunakan program itu sejak tahun 2016 lagi. Uber di dalam proses transformasi selepas melantik CEO baru mereka, Dara Khosrowshahi seminggu yang lepas.

Sementara itu pihak Uber berkata mereka akan memberi kerjasama penuh dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat mengenai isu 'Hell' tersebut.

Sumber