FB News Feed- Masa Loading Yang Pantas Untuk Ke Laman Web Luar Akan Diutamakan

Facebook akan  membawakan perubahan terhadap algoritma News Feed dalam masa terdekat menurut satu kiriman di blog rasmi Facebook Newsroom,

Pihak mereka mendapat banyak luahan pengguna tentang masa loading yang lama untuk membuka laman web melalui pautan dalam ruang News Feed.

Siayi Wen, salah seorang jurutera Facebook berkata, kajian mendapati bahawa 49% pengguna batalkan niat mereka untuk membuka pautan ke laman web jika masa menunggu lebih daripada 3 saat.

Pihak mereka akan mula untuk mengambil kira masa loading setiap laman web. Maksudnya, laman web yang pantas akan diutamakan, dan akan diletakkan di bahagian paling atas dalam ruang News Feed. Faktor internet pengguna juga akan diambil kira.

Facebook telah membawakan ciri Facebook Instant Article sebelum ini untuk mempercepatkan kadar masa loading untuk ke sebarang laman web luar dan memberikan kepuasan kepada pengguna membaca artikel dari wiser.my contohnya.

Sumber: Facebook Newsroom