Faktor-Faktor Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Membeli Power Bank

Kita hidup di dunia moden yang serba canggih dengan adanya telefon pintar, komputer dan segala sistem teknologi ini, pastinya sangat memerlukan bantuan penyelamat seperti power bank bagi membekalkan kuasa tambahan kepada bateri peranti untuk kegunaan sepanjang hari.

Seperti mana yang anda tahu, fungsi kegunaannya sama sahaja, namun pasti akan ada perbezaan pada beberapa aspek. Tahukah anda, terdapat banyak pilihan power bank yang akan membuatkan anda keliru untuk memilihnya?

Terdapat beberapa perkara yang ingin kami cadangkan kepada anda. Jadi, artikel ini sangat sesuai dibaca sebelum anda membuat pilihan untuk membeli power bank.



Faktor Pemilihan

  • Kapasiti


Anda perlu membuat pilihan dengan cara melihat milliamp-hour yang biasanya dilabel sebagai "mAh". Ini merupakan salah satu faktor penting untuk dipertimbangkan kerana ia akan memberitahu kapasiti kuasa yang dibawa powerbank tersebut. Anda mungkin sering melihat kapasiti dari 2,000mAh hingga 15,000mAh, namun beberapa power bank di  pasaran juga boleh ditemui dengan kapasiti sehingga  40,000mAh.

Ramai orang memilih untuk mengecas pelbagai peranti dengan satu power bank, jadi ini mungkin akan menjadi faktor utama untuk membantu anda bagi membuat pilihan kapasiti dengan lebih bijak dan merasa berbaloi.

  • Saiz


Power bank sememangnya dicipta untuk memudahkan ia dibawa ke mana sahaja anda pergi, misalnya letakkan di dalam beg, atau poket.

Jika power bank sedia ada yang anda miliki kini lebih besar daripada telefon, anda mungkin perlu mempertimbangkan untuk pembelian yang baru. Untuk pengetahuan umum, saiz fizikalnya tidak ada kaitan dengan kapasiti mahupun akan terjejas dari segi penggunaannya.



  • Voltan


Daripada beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan, voltan harus menjadi salah satu yang paling penting atas sebab adanya potensi dalam risiko keselamatan. Sudah pasti anda tidak mahu mendapatkan power bank yang mempunyai voltan lebih tinggi daripada bateri peranti yang sedang dicas, ia boleh menyebabkan bateri peranti anda menggelembung dan mungkin meletup.

Namun, jika sekiranya voltan pula kurang daripada bateri, ia mungkin tidak akan mengecas peranti anda sama sekali. Jadi, anda harus sentiasa periksa dan mencari yang lebih serasi.

  • Port


Apabila port yang tersedia di power bank banyak, ia akan memberi kelebihan kepada anda untuk mengecas seberapa peranti pada masa yang sama.

Selalunya, jumlah bilangan port yang ada ini akan meningkatkan lagi saiz fizikalnya. Jadi, jika anda mencari yang mudah dan ringan untuk dibawa, anda boleh memilih power bank yang didatangkan dengan satu atau dua port sahaja.



  • Jenama dan Harga


Anda digalakkan untuk mengelak dari menggunakan power bank yang anda sendiri tidak pasti dengan jenamanya. Antara yang terbaik boleh dimiliki adalah jenama Pineng, Yoobao, Aukey, Xiaomi dan banyak lagi.

Harganya pula akan bergantung kepada aspek-aspek seperti yang dinyatakan di atas. Harga sememangnya salah satu faktor penentu, tetapi kita harus juga pertimbangkan ciri lain yang menepati penggunaan.

Tips terakhir sebelum membuat pembelian, anda hendaklah memastikan kualiti power bank yang anda pilih itu benar bagus dan tidak bermasalah. Dapatkan pendapat daripada mereka yang lebih berpengalaman dalam penggunaannya.

Paling penting, pastikan juga power bank itu datang dengan jaminan dan waranti serta aksesori yang sepatutnya seperti kabel.

 

Berkaitan