Fail Google Drive Yang Dipindahkan Ke 'Trash' Akan Dipadam Automatik Selepas 30 Hari Bermula 13 Oktober Depan

Bermula 13 Oktober hadapan, Google Drive membuat polisi baharu dimana fail yang dipindahkan ke 'trash' akan dipadam secara automatik selepas 30 hari.

Sebelum ini, fail dalam trash akan kekal sehingga ia dipadam sendiri oleh pengguna. Namun, dengan polisi baharu ini, mana-mana fail yang berada dalam trash hanya akan kekal tersimpan selama 30 hari.

trash Google Drive

Dengan itu, jika ingin mendapatkan semula (restart) fail tersebut, ianya perlu dilakukan dalam tempoh 30 hari. Selepas tempoh tersebut, kesemua fail tersebut akan mula dipadamkan secara automatik.

Perubahan ini akan melibatkan semua peranti dan platform mulai 13 Oktober 2020. Google akan turut memaparkan pemberitahuan dalam aplikasi kepada pengguna.

Dalam pada itu, pengguna juga diminta untuk mengemaskini Google Drive di iOS atau Android bagi versi terkini untuk mendapatkan pemberitahuan mengenai perubahan ini.

Sumber: Google