Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple TV

Facebook Watch Tidak Lagi Menyokong Apple TV

Diterbitkan Jun 27, 2022 oleh Firdaus

Pengguna Apple TV tidak boleh lagi untuk mengakses mahupun menggunakan aplikasi Facebook Watch pada televisyen mereka. Facebook Watch adalah sebuah aplikasi yang dikhaskan menonton video dan siaran langsung pada televisyen.

Seperti yang dinyatakan dan disahkan 9to5Mac, aplikasi itu sudah tidak lagi boleh digunakan mahupun menyokong Apple TV. Nampaknya Facebook telah menamatkan sokongannya pada Apple TV dalam kemas kini yang terbaru.

Facebook Watch Tidak Lagi Menyokong Apple TV

Sekiranya pengguna cuba mengakses Facebook Watch di Apple TV, pengguna akan dapat mesej yang menyatakan “is no longer available”. Pengguna hanya boleh menonton video tersebut di laman sesawang Facebook sahaja tetapi bukan pada aplikasi Facebook Watch tersebut.

Walaupun begitu, aplikasi tersebut masih ada dalam carian di App Store di Apple TV. Facebook mula mengumumkan aplikasi tersebut untuk Apple TV pada 2017. Melaluinya, pengguna dapat menonton video daripada kawan, akaun mahupun individu yang mereka ikuti.

Walaupun Facebook Watch telah diberhentikan sokongannya untuk Apple TV, tetapi ia masih berfungsi dengan baik pada televisyen pintar yang lain.

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY