Facebook Uji Ciri Yang Menggabungkan Stories Dan News Feed

Reading Time: 1 minute

Jika diperhatikan, ciri Facebook Stories tidaklah sepopular Instagram Stories tetapi Facebook masih lagi komited terhadapnya.

Perkembangan terbaru mengenai ciri tersebut, Facebook dikhabarkan sedang menguji ciri Facebook Stories yang digabungkan dengan News Feed berdasarkan kicauan dari Jane Manchun Wong.

Ia memperlihatkan peralihan antara perkongsian pada News Feed dibuat secara melintang dan turut terkandung dengan ciri Stories.

Perkara ini telah disahkan Facebook kepada Tech Crunch dimana ciri tersebut berada dalam fasa awal dan prototaip bagi navigasi pada News Feed. Masih banyak lagi perkara yang dilakukan sebelum diuji pada pengguna awam.

Sumber: Jane Manchun Wong dan Tech Crunch