Facebook Uji Ciri Face ID Untuk Aplikasi Messenger

Facebook kini dilaporkan sedang menguji ciri Face ID dan Touch ID aplikasi pemesejan, Messenger. Ia merupakan penawaran yang sama seperti WhatsApp dimana pengguna diberikan pilihan untuk mengunci aplikasi serta-merta atau dalam tempoh 1 minit, 15 minit atau 1 jam.



Menurut laporan Engadget, Facebook menyatakan penawaran ciri tersebut adalah untuk memastikan privasi pengguna terjaga.
We want to give people more choices and controls to protect their private messages, and recently, we began testing a feature that lets you unlock the Messenger app using your device’s settings. It’s an added layer of privacy to prevent someone else from accessing your messages.

masa sekarang, ujian hanya dijalankan pada kelompok kecil pengguna iOS dan Facebook tidak mendedahkan sebarang tarikh untuk melepaskan kemaskini tersebut. Dikatakan juga peranti Android akan turut menerima ciri ini.

Melalui perkembangan terbaru ini, ia mungkin berita baik buat pengguna yang mahukan satu lagi lapisan sekuriti bagi mengelakkan perbualan mereka dari dilihat individu lain.

Sumber: Engadget